Sunday, October 17, 2010

Selamat G Haji PoP LONG KU...





Ibadat haji merupakan rukun Islam kelima. Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :

" Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".

Selamat menunaikan ibadat Haji untuk semua sanak sedara,kawan2 dan semua rakyat Malaysia yg menunaikan ibadat Haji tahun ini.Semoga semuanya mendapat haji yg mabroor dan bukannya hj Marlboro spt setengah2 orang kater...

Sekitar majlis kenduri doa selamat pada 15/10/2010(Jumaat) utk Pak Long (Seberang Pintasan)menunaikan hj...Pak Long akan berangkat pd 20hb nanti>>ari Rabu.Semoga Pak Long juga mendapat haji yg Mabrur.Doakan juga kami agar dapat menyahut seruan Haji pd masa akan datang..InsYa Allah.Kepada Pak Long juga_Selamat pergi dan selamat kembali.

Saturday, October 16, 2010

...BudGeT Pop NajiB 2011...



KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga
Menteri Kewangan,Pop NajiB kita di Dewan Rakyat,semareng,Hehehe...check it up:
1. Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion
di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
2. Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia
bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
3. Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di
Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
4. Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang
bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
5. Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan
bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
6. RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan
di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
7. RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCCBukit
Bintang.
8. Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh
Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.
9. Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada
kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di
Asia.
10. RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan
dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.
11. engecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
12. RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan
koridor dan wilayah.
13. RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti
penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai
ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
14. Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71
juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi
penyelidikan.
15. RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan
yang berkualiti tinggi.
16. Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin
kesejahteraan masa hadapan negara.
17. Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
18. Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak
yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.
19. Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus
RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan
RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).
20. Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk
membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan
jaringan bakat di seluruh dunia.
21. RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan
2010.
22. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi
perbelanjaan pembangunan.
23. Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi
perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran
Tetap.
24. Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.
25. Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung
keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
26. Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan,
kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
27. RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran
am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
28. Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3
peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.
29. Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada
KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.
30. Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi
membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan
profesion guru.
31. RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada
Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
32. Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui
penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan
ijazah.
33. RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks
Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai
operasi 52 PAPN yang sudah siap.
34. RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis
kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan
kerajaan seluruh negara.
35. Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah
dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
36. Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan
mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk
biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
37. Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia,
mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
38. Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan
Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
39. Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan
dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
40. Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi
harga rumah di bawah RM220,000.
41. Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.
42. Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan
RM300 juta.
43. Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".
44. Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.
45. Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar
Komuniti.
46. Melancarkan Dana Pencen Swasta.
47. Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.
48. Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.
49. Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
50. Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima
tahun akan datang bermula serta-merta.
51. Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
52. Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.
53. Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.
54. Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.
55. Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.
Daripada sumber Berita Harian....

Friday, October 15, 2010

Gud Bye DUNHILL...Welcome PeTeR...

Hahaha...Akhirnya dah 2 ari aku berjaya menceraikan Dunhill daripada paru2 ku.Aku sebetulnya bukan payah sgt rasenya nak berenti rokok ni tp tang rohoknya nak berpisah drpd Dunhill jer..ye lar mcm cinta pertama gitu..
Setakat ni aku dah beransur bleh melupakannya dengan beralih kpd Peter plok..Harap2,aku tidak jatuh cinta lg dgn Peter,kerana aku hanya mahu memperalatkan dia untuk jauhkan diri drpd si Dunhill jer..pahtu bolehlah aku berenti terus drpd menyeksa paru2 aku lg,,insya-Allah...
Dunhill seploh inggit sekotak skang ni,beb..sayang ke pitih tengok,Peter pun apa kurangnya,,lapan inggit setengah jer.Le ning baru nampak mahal untuk bwat rosak paru2 jew tu..Berenti r,PO..save..hehehe.DuniaUmpamaNerakaHidupIbaratLayangLayang>>Bleh blahhhh...!!

Tuesday, October 12, 2010

TGV...


Semalam sajer jer nak g jalan ke Mesra Mall.Tetiba rengan jer kaki nak tengok TGV yang baru buka tu.La,tgk2 ada show Jangan Pandang Belakang Congkak 2 pulok...kul 2145hrs.
Apa lg..join sekaki r jawabnya aku tiga beranak..
Best gak TGV nih..bagi aku ok r..audio system dengan dia punya kerusi dan kemudahan serta layanan mesra staff dia.Sesuai lah duduk d Mesra Mall nie,hehehe..Siap senyum ngan selamat menonton sajer..
Citer JPBC2 ni pun best banget,byk antu nakal..Riuh awok2 suke,suka buat2 pun ader jugak walaupun dop
kelakar pun time tu...Almaklum sajelah set2 dop biasa tengok wayang kot..hahaha Tapi aku sedap tgk Lisa Suriani lagi..Comel lote sokmo..
Hok sebuk bwat wayang pun ada jugak walaupun masuk tgk ceriter antu..Berat 66..

Monday, October 11, 2010

Ikut Pandai Aku r...

Salam..secara tiba2 aku mari teringat kpd blog ni,padahal dah bertahun dop update pun...Aku ingatkan dah tak dop dowh,rupanya masih wujud lagi..hahaha Tak kelakar pun..
Ye lah,zaman skang orang duk maen fesbook dop braper nak layan doh blog2 nih..
Aku pun dop tau bila plok akan update blog nim pasal atas mood jer skang nih..ikut pandai aku r..Blog aku kang...Wakakaka.

Aku skang ni dah dah berempat dowh,nanti aku citer...

Monday, February 16, 2009

Pesanan Dari Rakan Lama..

Salam...


Ingatkah lagi rakan2 kepada sahabat kita ini?Ya..beliau adalah saudara Asharudin..dulu sama2 intake 16 kat ILPP ataupun Instep skang ning dan kerijer sama di PPT,last sekali sparring partner kawe di KR1..Nama gelamer dia orang pangil Otromen jer..


Nak cerita di sining,tengah kawe layan goreng pisang petang tadi,tiba2..Cik Otromen tepon..kawe pun teruja jugak pasal doh lame dok dengor kabor dia sejok kawe ditinggalkan oleh beliau awal tahun 2007 kerana beliau dapat offer sebagai Superitendant di Kilang Bitumen Kemamam...Tahniah,Men..


Hasil perbualan kawe tadi,rakan kita di Bitumen dalam keadaan ok belaka,sehat2 lagi..takdop lagi yang dengar kabor terbang ke bumi phadang pasir nung seperti Blogger Remboe,Bro Awie Manan etc(sekadar menyebut beberapa nama,jgn marah)..


Ada sedikit pesanan dari Otromen,kepada sahabat yang ada rakan2 fresh graduate dari INSTEP yang tak bekerja lagi,dan berminat untuk membantu Otromen di Bitumen sebagai operator..blehlah ator resume kepada dia di alamat asharuddin@kbc.com.my dengan kadar segera laa..Ada 8 kosong tuhh..



I'm BACKKK.....


Salam...
Alhamdulillah..bersua lagi kita di dunia blogger setelah sekian lama aku menyepikan diri.Sebenarnya bukannya ape,kehidupan berlalu dengan pantas sekali sehingga masa terasa amat pantas berlalu tanpa sempat aku updatekan benda alah nim..Lagipun aku kekurangan idea dan aktivity nak post..Walau bagaimanapun aku sentiasa mengikuti perkembangan rakan2..Blog aku ning selalu aku jadikan sebagai batu loncatan kepada blog2 rakan sekalian,hehehe.. Kepada seremer rakan2,teruskan ber 'blogging".....