Ibadat haji merupakan rukun Islam kelima. Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan Nabi kita Muhammad S.A.W. sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim A.S. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut haul yang mashur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Al-Imran yang bermaksud :
" Dan Allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepada-Nya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekelian makhluk".
Selamat menunaikan ibadat Haji untuk semua sanak sedara,kawan2 dan semua rakyat Malaysia yg menunaikan ibadat Haji tahun ini.Semoga semuanya mendapat haji yg mabroor dan bukannya hj Marlboro spt setengah2 orang kater...
Sekitar majlis kenduri doa selamat pada 15/10/2010(Jumaat) utk Pak Long (Seberang Pintasan)menunaikan hj...Pak Long akan berangkat pd 20hb nanti>>ari Rabu.Semoga Pak Long juga mendapat haji yg Mabrur.Doakan juga kami agar dapat menyahut seruan Haji pd masa akan datang..InsYa Allah.Kepada Pak Long juga_Selamat pergi dan selamat kembali.
No comments:
Post a Comment