Friday, November 28, 2008

BoSS Yang HampeHH

Cerita ni aku dengar masa layan Andy Hakim,DJ THR on the way nak g kerijer tadi..Mungkin ada pengajaran yang bleh kita kongsikan bersama.
Alkisahnya bermula>>

Ada sorang mamat ni,baru dapat kijer di sebuah pejabat yang mempunyai kakitangan yang bleh tahan ramai juga,sebagai BOSS.Jadi mamat ni rasa amat teruja,maklumlah sebelum ni dia kerja biasa jer..tak lah hebak sangat..Mamat ni bertekad untuk jadi sorang BoSS yang tegas dan digeruni oleh anak2 buahnya.

Dalam hari pertama pemerhatian,Si Mamat ni dah dapat budget ada peng’ular’an berlaku di pejabat,jadi dia fikir perlu ada tindakan yang tegas perlu di ambil untuk membendung masalah tersebut.

Semasa buat2 lalu di depan pekerja pejabatnya,(untuk check orang buat kijer lah tu),si Mamat ni ternampak seorang kakitangan yang rileks jer bersandar di dinding,lebih kurang sungguhh.. Jadi si Mamat ni dengan penuh nada ke’BOSS’san nya memangil,”Yang baju biru tu,meh sining kejap!!”Lalu dia bertanya dengan seriuss,”Berapa gaji kamu sekarang,ning?”.Dengan muka yang sedikit pucat dan tergagap2,si mangsa menjawab,”Bih kurang RM800 jer”.Si Mamat BOSS ni terus membuka walletnya (yang baru beli kot) lantas berkata dengan tegasnya,”Nah!Ambik duit lapan ratus ni dan berambussss dari pejabat ini.Aku tak mbuhh lagi tengok muka orang pemalas macam mung ning di syarikat ini.Si mangsa pun terus blah,dan pekerja2 lain pun terpinga-pinga dengan kejadian mengerunkan itu.

Si mamat BOSS itu pun slow2 beredar dengan harapan kejadian tadi akan memberikan peringatan kepada pekerja2nya yang lain.Tapi sebelum masuk ke bilik nya,dia sempat bertanya kepada salah sorang anak buahnya,”err,budak baju biru tadi tu,kijer di bahagian mana?”Lalu jawab pekerjanya itu,”Ooo..Budak baju biru tadi tu,bukan nya staff kita kat sini,dia datang hantar PiZZa jer tadi..”Tiba-tiba jer si mamat BOSS itu terasa muka dia jadi biru..Hehehe…

JapO>>Harap kat kerijer kita tak dok boss yang ber pe’el perangai gi tu..

Monday, November 17, 2008

Kecuaian Membawa Padah


17 Nov 2008(0645hrs):Akibat terlalu tergesa-gesa melintas jalan seekor makhluk dipercayai daripada jenis musang(bukan musang berjanggut) telah terbunuh di percayai di langgar sebuah kereta dipercayai jenis Proton Gen2 di kilometer 65 jalan Jerangau Jabor dekat Al Muktafil Billah Shah di sini.
Menurut saksi kejadian,binatang rerbabit di katakan telah secara bahang rambang melintas jalan dan pemandu Gen2 tersebut tidak sempat membrek lalu mengakibatkan mangsa mampus serta-merta di tempat kejadian.>>BERNAMER.

Sunday, November 16, 2008

Tuk Tersayang Dalam Kenangan


Hari ini 17 November 2008,genaplah setahun kepergian nenek ku atau lebih mesra ku panggil ‘tuk’ menyahut panggilan ilahi.Sedikit profil,Tuk aku namanya Sulong binti Chik dilahirkan pada 28 Mac 1931 dan meninggal dunia pada usia 76 tahun kerana sakit tua.
Banyak kenangan aku dengannya,maklumlah aku adalah salah seorang cucu kesayangannya.dari kecik lagi apabila ada masalah tak kiralah masalah apa pun aku biasa luahkan pada tuk aku ni..pasal dia adalah seorang pendengar dan pemberi nasihat yang baik..
Sedari kecik aku suka lepak umah tuk aku ni..umah tuk pun bih kurang 70 meter jer dari umah aku.Biasanya masa kecik dulu,aku akan buat rajin sket macam sapu sampah ker,tulung gi beli barang ker..pah tu tuk akan upahlah 20 posen untuk aku belanja tikam,hehehe..Tuk aku ni semasa mudanya kuat kerja,tuk kerja siang ikan untuk buat kerpok,gelek kerpok,hiris kerpok dan buat atap nipah disamping ternak ayam itik untuk sara keluarga.Tuk aku yang lelakinya meninggal awal dah,masa aku kecik lagi..dok silap aku tahun 1980 kot..
Arwah tuk aku suka bercerita,banyak citer yang dia ingat..kalau hikayat raja Serama dalam wayang kulit tu dari awal sampai ke sut lah dia bleh cerita.Tu tak termasuk cerita zaman jepun lagi.
Satu perkara yang aku tak boleh lupa pasal tuk aku ni,dia kalau latah mesti kata”cabut,ekor” aku pun tak tau apa asal-usul nya latah dia tu..Aku kena tanya mak aku semula lah nampaknya.
Begitulah lumrahnya kehidupan,kita seringkali rindu dengan masa2 lalu yang kadangkalanya amat terasa sekali apatah lagi membabitkan insan2 yang amat kita sayangi.Doa ku semoga roh nya dicucuri rahmat Allah taala dan di tempatkan dikalangan orang-orang beriman.Amin
.

Friday, November 14, 2008

SEKITAR PERNIKAHAN POK CHEK BRUEE

14 November 2008
Bertempat di Masjid Jamek Paka,lebih kurang pada pukul 1115 pagi Tuan Fauzi a.k.a Pok Chek telah pun selamat menamatkan zaman terunanya dengan gadis pilihan Siti Aieshah.Di nikahkan oleh Pak Jalil(Tok bilal sejid Paka)


Rentetan peristiwa:-


Sedara mara dan saing2 hok memeriahkan majlis



















Shake hand ngan tuk imam + merah muka








Membatalkan air sembahyang dengan malu2 kucing




Thursday, November 13, 2008

Alam Ria Cuti Sekolah

Sedar tidak sedar masa berlalu pantas sekali,skang ni dah masuknya musim tengkujuh bagi wilayah pantai timur..hujan pun dah mula terberek2 macam bas thong aik yang sarat ngan penumpang dari Dungun ke Kemaman..Kalau ikutkan ramalan Teranung di jangka banjir besar tahun ning tapi harap2 Allah simpangkan bencana alam ini,insya Allah..Esok 14hb Nov 2008 bermula lah cuti sekolah bagi adik2 kita setelah jenuh belajar. Kebiasaannya,bila masuk jer musim coti sekolah ning..serentaklah juga musim orang kahwin.Contohnya;Pok Chek akan menamatkan zaman terunanya esok hari di masjid Paka.Tahniah Pok Chek ,Welcome to the club…



Tapi ada satu lagi musim yang selalunya di geruni oleh adik2 kita di masa cuti panjang ni..tak lain dan tak bukan musim ber’sunat’ lah,ataupun ikut bahasa Bandar sket ‘berkhatan’.Sari dua lagi nampaknya ramai lah adik2 kita yang akan menampakkan topi keledar masing2,hehehe..Kalau ikutkan masa aku budak2 dulu,tok mudim selalu di gambarkan sebagai seseorang yang di geruni sebab tok mudim dikatakan akan menyunatkan budak2 dengan gergaji ataupun parang panjang ataupun kapak..huh ngeriii..
sampai ada jugak budak kampong aku yang lari panjat pokok tak mbuh sunat..
Aku dulu takut jugak nak sunat nih,tapi teruja jugak pasal nak jadi orang besar.Apa tak nya kalau gi sembahyang jumaat duk depan sket,orang tua tanya,’hui,awang..mung sunat dok agi?kalu royak dok sunat agi jawabnya kena gostan semula ke saf belakang sekali laa..Apa-apapun bersunat pastinya menjadi satu pengalaman yang tak dapat dilupakan bagi kawe..Sesungguhnya syariat Islam menyuruh kita supaya berkhatan kerana banyak hikmah dan kelebihannya di antaranya>>merupakan asas daripada kebersihan,meyempurnakan tuntutan syara’ yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW.Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdi kepada Allah SWT.Sering juga digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan penganut agama lain.Dari aspek kesihatan,ia boleh mendatangkankebersihan pada zakar,mencantikkan bentuk dan menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara daripada dihinggapi penyakit kelamin..
Sejarah:-
Menurut riwayat Nabi Ibrahim berkhatan pada usia 80 tahun,baginda megkhatankan Nabi Ismail puteranya pada usia 13 tahun,dan puterannya Ishaq pada usia 7 tahun.Khatan merupakan salah satu keutamaan yang merupakan ujian Allah kepada Nabi Ibrahim a.s.Kemudian Nabi Ibrahim menjalankan dengan baik kemudian sunnahnya itu di ikuti oleh para Nabi dan Rasul setelahnya termasuk Nabi Isa a.s.

Berbagai riwayat menyatakan tentang khatan baginda Rasulullah SAW,Ada yang mengatakan bahawa Rasulullah ketika di lahirkan sudah di khatankan dan ada pula yang mengatakan bahawa baginda di khatankan oleh malaikat Jibrail a.s.Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah adalah sudah selayaknya jika Allah SWT tidak mengabaikan keutamaan tersebut kepada baginda Rasulullah SAW.Sebagaimana Allah kurniakan hal tersebut kepada nabi Ibrahim a.s.
Wa llahu a'lam..
















Tuesday, November 11, 2008

Tragedi 3 November

Salam kawan2..
Pertama sekali tahniah aku ucapkan kpd rakan2 yang telah meraikan family day Shif A di TER pd 7 dan 8 hb 11 lalu.Meriah bebenor nampoknya.jeles aku raser..Tu yang bagusnya..semoga ukhuwah sesame kita sentiasa terjalin erat hendaknya..Tetapi aku pulak tak dapat nak menyertai korang smuer kerana ada sedikit ‘TER’ aral di saat2 akhir..

Tragedi 03112008
Pada petang 3hb tu aku dapat phone call daripada kakak ipar aku di JB mengatakan abang aku accident.Menurut ceritanya abg aku tu on the way gi kijer ngan moto dari Kulai ke EPSON Kempas.Kena langgar dari belakang ngan Kelisa.Bleh tahan jugak teruk nya tangan kiri ngan tulang rahang patah,kena masuk besi lah jawabnya.Hidung dan gigi bawah pun patah,pah tu muka pun banyak kena jahit suspek luka kena visor helmet rasanya…Masuk spital Sultanah Aminah. Jadi aku yang lama doh dok turun bandaraya JBee pun gamble lah jugok ke sinung..Adalah makan langsat sket2..Alhamdulillah skang ni,abang aku dah di pindahkan ke wad biasa berbanding ICU sebelum nie. Berbanyak2 tima kasih lah kepada rakan2 yang membantu mengantikan aku kerja semasa emergency tu.Aku harap korang smuer tolong doakan agar my brader cepat sembuh,ok..(For info abang aku nama Ipin..)
(Ambulan hok ator abang aku ke spital)
Abang aku lepas kuar dari ICU

Tuesday, September 16, 2008

Hati mau baik - edisi permulaan...

Hari ini pada 15hb Oktober 2008 adalah last day kenangan aku dan rakan2 Shift A bersama Ramboo di MCB,insya Allah panjang umur kita semua akan berjumpa lagi.Kepada Ramboo,Awie Manan dan Adik Wan aku ucapkan selamat jalan dan selamat menempuhi kehidupan yg baru di bumi Qatar.Gud luck BrO..Jangan lupakan kawan2 di PPTSB nih..