Thursday, November 13, 2008

Alam Ria Cuti Sekolah

Sedar tidak sedar masa berlalu pantas sekali,skang ni dah masuknya musim tengkujuh bagi wilayah pantai timur..hujan pun dah mula terberek2 macam bas thong aik yang sarat ngan penumpang dari Dungun ke Kemaman..Kalau ikutkan ramalan Teranung di jangka banjir besar tahun ning tapi harap2 Allah simpangkan bencana alam ini,insya Allah..Esok 14hb Nov 2008 bermula lah cuti sekolah bagi adik2 kita setelah jenuh belajar. Kebiasaannya,bila masuk jer musim coti sekolah ning..serentaklah juga musim orang kahwin.Contohnya;Pok Chek akan menamatkan zaman terunanya esok hari di masjid Paka.Tahniah Pok Chek ,Welcome to the club…



Tapi ada satu lagi musim yang selalunya di geruni oleh adik2 kita di masa cuti panjang ni..tak lain dan tak bukan musim ber’sunat’ lah,ataupun ikut bahasa Bandar sket ‘berkhatan’.Sari dua lagi nampaknya ramai lah adik2 kita yang akan menampakkan topi keledar masing2,hehehe..Kalau ikutkan masa aku budak2 dulu,tok mudim selalu di gambarkan sebagai seseorang yang di geruni sebab tok mudim dikatakan akan menyunatkan budak2 dengan gergaji ataupun parang panjang ataupun kapak..huh ngeriii..
sampai ada jugak budak kampong aku yang lari panjat pokok tak mbuh sunat..
Aku dulu takut jugak nak sunat nih,tapi teruja jugak pasal nak jadi orang besar.Apa tak nya kalau gi sembahyang jumaat duk depan sket,orang tua tanya,’hui,awang..mung sunat dok agi?kalu royak dok sunat agi jawabnya kena gostan semula ke saf belakang sekali laa..Apa-apapun bersunat pastinya menjadi satu pengalaman yang tak dapat dilupakan bagi kawe..Sesungguhnya syariat Islam menyuruh kita supaya berkhatan kerana banyak hikmah dan kelebihannya di antaranya>>merupakan asas daripada kebersihan,meyempurnakan tuntutan syara’ yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW.Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdi kepada Allah SWT.Sering juga digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan penganut agama lain.Dari aspek kesihatan,ia boleh mendatangkankebersihan pada zakar,mencantikkan bentuk dan menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara daripada dihinggapi penyakit kelamin..
Sejarah:-
Menurut riwayat Nabi Ibrahim berkhatan pada usia 80 tahun,baginda megkhatankan Nabi Ismail puteranya pada usia 13 tahun,dan puterannya Ishaq pada usia 7 tahun.Khatan merupakan salah satu keutamaan yang merupakan ujian Allah kepada Nabi Ibrahim a.s.Kemudian Nabi Ibrahim menjalankan dengan baik kemudian sunnahnya itu di ikuti oleh para Nabi dan Rasul setelahnya termasuk Nabi Isa a.s.

Berbagai riwayat menyatakan tentang khatan baginda Rasulullah SAW,Ada yang mengatakan bahawa Rasulullah ketika di lahirkan sudah di khatankan dan ada pula yang mengatakan bahawa baginda di khatankan oleh malaikat Jibrail a.s.Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah adalah sudah selayaknya jika Allah SWT tidak mengabaikan keutamaan tersebut kepada baginda Rasulullah SAW.Sebagaimana Allah kurniakan hal tersebut kepada nabi Ibrahim a.s.
Wa llahu a'lam..
















No comments: