Sunday, November 16, 2008

Tuk Tersayang Dalam Kenangan


Hari ini 17 November 2008,genaplah setahun kepergian nenek ku atau lebih mesra ku panggil ‘tuk’ menyahut panggilan ilahi.Sedikit profil,Tuk aku namanya Sulong binti Chik dilahirkan pada 28 Mac 1931 dan meninggal dunia pada usia 76 tahun kerana sakit tua.
Banyak kenangan aku dengannya,maklumlah aku adalah salah seorang cucu kesayangannya.dari kecik lagi apabila ada masalah tak kiralah masalah apa pun aku biasa luahkan pada tuk aku ni..pasal dia adalah seorang pendengar dan pemberi nasihat yang baik..
Sedari kecik aku suka lepak umah tuk aku ni..umah tuk pun bih kurang 70 meter jer dari umah aku.Biasanya masa kecik dulu,aku akan buat rajin sket macam sapu sampah ker,tulung gi beli barang ker..pah tu tuk akan upahlah 20 posen untuk aku belanja tikam,hehehe..Tuk aku ni semasa mudanya kuat kerja,tuk kerja siang ikan untuk buat kerpok,gelek kerpok,hiris kerpok dan buat atap nipah disamping ternak ayam itik untuk sara keluarga.Tuk aku yang lelakinya meninggal awal dah,masa aku kecik lagi..dok silap aku tahun 1980 kot..
Arwah tuk aku suka bercerita,banyak citer yang dia ingat..kalau hikayat raja Serama dalam wayang kulit tu dari awal sampai ke sut lah dia bleh cerita.Tu tak termasuk cerita zaman jepun lagi.
Satu perkara yang aku tak boleh lupa pasal tuk aku ni,dia kalau latah mesti kata”cabut,ekor” aku pun tak tau apa asal-usul nya latah dia tu..Aku kena tanya mak aku semula lah nampaknya.
Begitulah lumrahnya kehidupan,kita seringkali rindu dengan masa2 lalu yang kadangkalanya amat terasa sekali apatah lagi membabitkan insan2 yang amat kita sayangi.Doa ku semoga roh nya dicucuri rahmat Allah taala dan di tempatkan dikalangan orang-orang beriman.Amin
.

No comments: