Cerita ni aku dengar masa layan Andy Hakim,DJ THR on the way nak g kerijer tadi..Mungkin ada pengajaran yang bleh kita kongsikan bersama.
Alkisahnya bermula>>
Ada sorang mamat ni,baru dapat kijer di sebuah pejabat yang mempunyai kakitangan yang bleh tahan ramai juga,sebagai BOSS.Jadi mamat ni rasa amat teruja,maklumlah sebelum ni dia kerja biasa jer..tak lah hebak sangat..Mamat ni bertekad untuk jadi sorang BoSS yang tegas dan digeruni oleh anak2 buahnya.
Dalam hari pertama pemerhatian,Si Mamat ni dah dapat budget ada peng’ular’an berlaku di pejabat,jadi dia fikir perlu ada tindakan yang tegas perlu di ambil untuk membendung masalah tersebut.
Semasa buat2 lalu di depan pekerja pejabatnya,(untuk check orang buat kijer lah tu),si Mamat ni ternampak seorang kakitangan yang rileks jer bersandar di dinding,lebih kurang sungguhh.. Jadi si Mamat ni dengan penuh nada ke’BOSS’san nya memangil,”Yang baju biru tu,meh sining kejap!!”Lalu dia bertanya dengan seriuss,”Berapa gaji kamu sekarang,ning?”.Dengan muka yang sedikit pucat dan tergagap2,si mangsa menjawab,”Bih kurang RM800 jer”.Si Mamat BOSS ni terus membuka walletnya (yang baru beli kot) lantas berkata dengan tegasnya,”Nah!Ambik duit lapan ratus ni dan berambussss dari pejabat ini.Aku tak mbuhh lagi tengok muka orang pemalas macam mung ning di syarikat ini.Si mangsa pun terus blah,dan pekerja2 lain pun terpinga-pinga dengan kejadian mengerunkan itu.
Si mamat BOSS itu pun slow2 beredar dengan harapan kejadian tadi akan memberikan peringatan kepada pekerja2nya yang lain.Tapi sebelum masuk ke bilik nya,dia sempat bertanya kepada salah sorang anak buahnya,”err,budak baju biru tadi tu,kijer di bahagian mana?”Lalu jawab pekerjanya itu,”Ooo..Budak baju biru tadi tu,bukan nya staff kita kat sini,dia datang hantar PiZZa jer tadi..”Tiba-tiba jer si mamat BOSS itu terasa muka dia jadi biru..Hehehe…
JapO>>Harap kat kerijer kita tak dok boss yang ber pe’el perangai gi tu..
No comments:
Post a Comment